BE Berdekatan Anda: Panduan Pejabat BE & Business Centre (BC)


Di BE International, kami percaya bahawa kejayaan berkembang daripada rangkaian yang teguh. Sejak ditubuhkan pada tahun 2017, kami terus meluaskan liputan ke seluruh rantau demi menyediakan ruang terbaik untuk memajukan perniagaan anda.
Kemudahan bertaraf dunia ini sentiasa berada di sekitar anda, sama ada bagi urusan pengambilan produk, menghadiri seminar korporat atau menganjurkan Home Party berdekatan untuk sesi perkongsian produk.
Berikut ialah panduan ringkas dalam mengenali ruang-ruang kami serta cara anda boleh memanfaatkannya sepanjang perjalanan perniagaan anda bersama BE.
Pejabat BE International: Hab Korporat Anda
Pejabat rasmi BE merupakan pusat operasi yang menyediakan perkhidmatan pelanggan yang menyeluruh, program latihan rasmi, serta kemudahan bilik mesyuarat berskala besar.
Ibu Pejabat BE di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dilengkapi dengan pelbagai fasiliti moden yang direka khas sebagai pusat komuniti, kepimpinan dan perhubungan:
-
BE Lounge: Ruang eksklusif yang disediakan khusus untuk pemimpin IGA, GA dan RCCA.
-
Business Lounge: Suasana kondusif yang sesuai untuk perbincangan perniagaan dan sesi konsultasi.
-
BE Gallery: Ruang pameran interaktif untuk mengenali produk, inovasi serta identiti jenama dengan lebih dekat.
-
Legend Lounge: Ruang selesa dan premium bagi tujuan perbincangan serta interaksi yang berkualiti.
-
Legend Hall: Dewan serba lengkap untuk menganjurkan sesi latihan, perhimpunan dan majlis yang mampu memuatkan ratusan peserta.
Komitmen yang sama turut dibawakan di pejabat antarabangsa kami di Singapura, Brunei, Hong Kong dan Indonesia, dengan setiap lokasi menawarkan ruang khas bagi sesi konsultasi, perkongsian produk serta kerjasama pasukan.
BE Business Centre (BC): Hab Komuniti Anda
Bagi mendekatkan BE kepada anda, Business Centre kami dimiliki dan dikendalikan oleh Independent Business Owners (IBO) berpangkat tinggi.
BC menawarkan persekitaran yang mesra dan berdekatan dengan komuniti setempat. Ia sesuai dijadikan sebagai pangkalan utama bagi menjalankan pelbagai aktiviti rangkaian, perbincangan pasukan mahupun penganjuran Home Party.
Panduan Lokasi & Fasiliti
Rujuk ringkasan di bawah untuk mengetahui lokasi dan ruang bersesuaian berhampiran anda.
Tempah Ruang bagi Acara Anda Seterusnya!
Adakah anda sedang merancang Home Party atau sesi perkongsian produk seterusnya? Jangan lakukannya sendirian dan manfaatkan keselesaan ruang kami yang serba lengkap!
Pejabat BE mahupun BC berdekatan sedia menawarkan fasiliti kondusif yang direka khas untuk menyokong pertumbuhan perniagaan anda. Persekitaran yang profesional dan selesa bukan sahaja dapat membina semangat pasukan, malah mampu memberikan tanggapan pertama yang meyakinkan kepada prospek anda.
Bersedia untuk merealisasikan acara anda? Hubungi pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami atau pengendali BC terdekat untuk menyemak ketersediaan ruang dan membuat tempahan. Mari kita bina kejayaan bersama!